Dajjal ini sebelum umurnya 7 tahun kerjanya hanyalah tidur saja.
Manakala di Pulau yang didiaminya itu hanya binatang yang berbulu itu saja
dapat bercakap dengan Dajjal. Dia sajalah kawan Dajjal untuk bermuzzakarah ilmu
yg telah diajarkan Jibril.
Binatang berbulu ini telah memberitahu Dajjal bahawa dia akan menjadi
seorang Raja seandainya dia mengamalkan apa yg telah Jibril ajarkan kepadanya
malah dia akan menjadi Raja yg seadil-adilnya tetapi jika sebaliknya, dia akan
menjadi sezalim-zalim Raja. Lalu atas fikir Dajjal bahwa dia mempunyai
keistimewaan dengan ilmu yg tinggi dan di dalam pulau itu dia melihat hanya
dirinya sendiri. Oleh kerana fikirnya yang telah dipengaruhi oleh Iblis maka
dia mengatakan dia Adalah Anak Tuhan. Maka kalau dia anak Tuhan bererti dunia
ini dia yg punya. Jenuhlah makhluk berbulu itu mengatakan bahawa Dajjal bukan
anak Tuhan namun tidak dipedulikannya.
Sebenarnya inlah yang dimaksudkan dalam Surah Kahfi bahwa Yahudi mengatakan
''aku orang yg dipilih Tuhan' dan Nasrani pula mengatakan 'Nabi Isa anak
Tuhan''. Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata:" Allah
mempunyai anak". (Al-Kahfi 18:4) | (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai
sebarang pengetahuan tentang hal itu begitu juga dengan nenek moyang
mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka
hanya mengatakan perkara yang dusta. (Al-Kahfi 18:5) || dan lagi terjemahan...
Firman Allah SWT : “dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami
telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah, padahal mereka tidak
membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah)
orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang
berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keraguan tentang
yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh
itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang
mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat
Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(An-Nisa : 157-158)
Pada satu ketika, ada sebuah kapal berlabuh di pulau tersebut dan Dajjal
telah ikut kapal ini balik ke negeri Arab dan menggelar dirinya sebagai Samiri yaitu
ada kaitan dengan tempat asalnya, Samirah. Pada masa itu, usianya telah
melebihi 100 tahun. Pada zaman itu adalah zaman Nabi Musa a.s. Maka Dajjal
ataupun Samiri telah melihat bagaimana Nabi Musa a.s menentang Firaun bahkan dia
juga bersama-sama dengan Nabi Musa a.s. Dia juga mengikut Nabi Musa melintas
Laut Merah apabila dikejar Firaun.
Apabila Nabi Musa a.s. naik ke Bukit Tursina selama 40 hari, Samiri
telah menghasut orang-orang Bani Israel membuat patung lembu dari emas.
Kemudian Samiri telah meletakkan tanah dari bekas telapak kaki jibril pada
patung lembu betina dari emas itu. Atas asbab itu lembu betina tersebut hidup
dan boleh berkata-kata. Maka hampir 70% kaum Nabi Musa a.s. percaya lembu
betina itu sebagai Tuhan.
Berkenaan dengan tanah bekas telapak kaki Jibril itu ialah, apabila
Malaikat datang ke dunia dan berubah bentuk kepada manusia, maka di mana dia
turun, tanah di situlah akan dijadikan jasad yg digunakan malaikat Jibril.
Apabila Malaikat akan berubah kepada bentuk asalnya, tanah tanah yg dijadikan
jasad itu akan ditinggalkan dan tanah inilah yg andaikata diletakkan pada batu,
batu akan hidup, diletakkan pada kayu, kayu berkata-kata. Maka Dajjal telah
mengambil tanah ini dengan banyaknya sewaktu Malaikat Jibril mengajarnya di
Pulau tempat asalnya. Tanah inilah yg diletakkan pada patung lembu betina
tersebut. Sehingga atas sebab itulah patung itu hidup.
Oleh itu tanah yang Dajjal ambil ini juga jika diletakkan pada mayat,
mayat akan hidup. Sebab itu dikatakan Dajjal dapat menghidupkan manusia yg sudah
mati atas asebab tanah itu. Apabila Nabi Musa a.s. turun dari Bukit Tursina,
dia melihat kaumnya sedang menyembah patung lembu. Maka Nabi Musa telah
memarahi Nabi Harun kenapa tidak menghalang mereka. Nabi Harun berkata dia
tidak dapat berbuat apa-apa. Namun apabila Nabi Musa melihat Samiri, Nabi Musa
a.s. tidak membunuhnya atau memarahi Samiri, sebaliknya baginda hanya menghalau
Samiri kerana baginda tahu yang Samiri itu adalah Dajjal.
Kemudiannya Dajjal telah menjelajah keseluruh dunia. Di China denga
hanya sehelai sepinggang dia kemudiannya telah menjadi kaya-raya. Namun dia
merasakan satu yg kurang, yaitu dia tiada kuasa. (Inilah hikmahnya kenapa
Sultan-sultan zaman dahulu mewariskan takhta pemerintahan kepada keturunannya
kerana untuk mengelakkan Dajjal dari menjadi raja)
Dajjal kemudiannya balik ke Tanah Arab pada zaman Nabi Isa a.s tetapi
Dajjal tidak boleh mendekati Nabi Isa malahan untuk memasuki kawasan Nabi Isa
pun dia tidak berani kerana dia tahu yang Nabi Isa akan membunuhnya suatu masa
nanti. Pada masa itu dia adalah seorang yang kaya-raya lalu dia menghantar
seorang utusan kepada Nabi Isa dan utusan ini telah berkata pada Nabi Isa,
''andaikata kamu orang yang benar, beritahu siapa yg menghantar utusan ini ?''.
Lalu Nabi Isa menerangkan siapa yg menghantar utusan tersebut, mana
asal-usulnya bahkan niat dia pun Nabi Isa terangkan.
Apabila wakil Dajjal ini memberitahu Dajjal, dia telah memutar-belitkan
fakta. yaitu dengan mengatakan ''Orang yang mengetahui hakikat ini adalah orang
yang mengamalkan sihir dan berguru dengan jin dan syaitan''. Walau bagaimanapun
dia tidak berani dekat dengan Nabi Isa sehingga atas begitu takutnya dengan
Nabi Isa dia telah kembali ke Pulaunya.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib.
Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong
lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri cekak pinggang dan merenung, Baginda
dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit ''dukhan-dukhan
(asap)''. Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut ?
Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah
lari dari lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh
Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah meyiku
Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah. Rasulullah telah
bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke satu Pulau dan
dipenjarakan.
Dajjal ini bentuk rupa paras senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa,
rambutnya kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun. Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar,
Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat
hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang
sahabat Rasulullah s.a.w. yaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan
bertemu dengan Dajjal yang dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim
memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya,
''Apakah Saidina Abu Bakar masih ada lagi ? Apabila dikatakan tiada maka Dajjal
membesar. Kemudian Tamim mengatakan yang Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang,
maka mengecillah. Ia lalu mengatakan bahwa Umarlah yg telah membutakan mata
kanannya. Tamim bertanya lagi apakah tanda engkau akan bebas ? Lalu Dajjal
mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.
Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah
Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi untuk
umat di akhir zaman yakni KITA.
Pada tahun 1776 Dajjal telah di anak angkatkan oleh Iblis di tempat yang
di namakan Carribean Sea yaitu di kawasan Bermuda Triangle. Dia dikenali
sebagai Uncle Sam dan membantu Amerika Bebas dari Britain. Usaha menghamba abdikan orang
Afrika berlaku apabila di bawa ke Amerika. Ianya merupakan usaha Dajjal untuk
mengkafirkan orang Islam. Nabi Bersabda; '' Dajjal, kekuatannya adalah kekuatan
Dunia, kekayaannya adalah kekayaan dunia''. Saidina Ali bertanya kepada
Rasulullah ; sekiranya kami hidup semasa itu bagaimana cara menghadapi Dajjal ?
Rasulullah s.a.w. menjawab ; kembali kepada Kahfi. Diriwayatkan
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal dari
surah Al-Kahfi akan di pelihara dan di selamatkannya dari fitnah Dajjal.”
(hadis riwayat Muslim) Surah Kahfi (Quran) kena di amal, maksudnya bukan
sekadar hafalan tetapi merupakan perjalanan kerana Quran itu sendiri terletak
pada orangnya. (lagi kisah dajjal dari Arkib Konspirasi Teoris)
Rasulullah s.a.w. Berbicara Tentang dajjal. Dari Nawas bin Sam’an,
dia berkata, “Pada suatu pagi, Rasulullah s.a.w. berbicara mengenai Dajjal.
Kadang-kadang beliau merendahkan suaranya, kadang-kadang meninggikannya,
sehingga kami merasa seolah-olah berada dalam sekelompok lebah. Pada petang
hari, kami mendatangi beliau dan beliau sudah mengetahui persoalan kami. Beliau
bertanya, ‘Apa kabar kalian ?’ Kami menjawab, ‘Wahai Rasulullah, tadi pagi Anda
berbicara mengenai Dajjal. Kadang-kadang Anda merendahkan suara dan
kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami seolah-olah berada dalam
sekerumunan lebah.’ Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Bukan Dajjal yang mengkuatirkan
Aku terhadap kalian semua. Jika ia muncul dan aku masih berada di antara kamu,
tentu aku akan membelamu atasnya. Dan jika ia muncul, sedangkan aku sudah tidak
ada di sampingmu, maka setiap manusia akan menjadi pembela atas dirinya
sendiri, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menggantikanku menjadi pembela atas
setiap orang muslim. Dajjal adalah pemuda berambut keriting, matanya picek dan
aku lebih cenderung mengumpamakannya seperti Abdul Uzza bin Qathan. Barangsiapa
di antara kamu yang bertemu dengannya, bacakan kepadanya permulaan surat
Al-Kahfi.
Dajjal akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq, lalu dia
membuat kerosakan ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah, kerana itu teguhkan
pendirianmu!’ Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi
?’ Rasulullah s.a.w. menjawab, ’40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari
seperti sebulan, satu hari seperti sebulan dan selebihnya seperti hari-hari
kamu sekarang.’
Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, ketika sehari seperti setahun,
cukupkah bagi kami kalau solat hanya sehari ?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, tetapi
hitunglah bagaimana pantasnya.’ Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, berapa
kecepatan berjalan di bumi ?’ Beliau menjawab, ‘Seperti hujan ditiup angin.’
Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya,
lalu mereka beriman dan mematuhi segala perintahnya. Dia memerintahkan langit
supaya hujan, maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi. Bila hari telah
petang, ternak mereka pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan
susu yang lebih besar karena cukup makan.
Kemudian dia mendatangi kaum yang lain dan mengajak mereka supaya
beriman kepadanya, tetapi mereka menolak ajakannya. Maka dia berlalu dari
mereka. Esok pagi negeri mereka akan kering kerontang dan kekayaan mereka
habis. Kemudian dia melawat di suatu negeri yang telah rosak binasa. Dia
berkata, ‘Keluarkan perbendaharaanmu!’ Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri
itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.
Kemudian dia memanggil seorang remaja muda. Dia (Dajjal) lalu memukulnya
dengan pedang sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya terlempar
sejauh anak panah yang dilepaskan dari busurnya. Dajjal memanggil tubuh yang
telah terbelah itu kembali, kemudian dia datang seutuhnya dan dengan wajah
berseri-seri sambil tertawa. Sementara Dajjal asyik dengan
perbuatan-perbuatannya yang merusak.
Allah Subhanahu wa Ta’ala membangkitkan Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia
diturunkan Allah dekat menara putih di sebelah timur Damsyik, memakai dua
pakaian berwarna, berpegang pada sayap dua malaikat. Apabila menundukkan
kepala, hujan pun turun, dan apabila ia menengadahkan kepala, berjatuhan
darinya biji-biji perak bagaikan mutiara. Setiap orang kafir yang mencium bau
nafasnya kerana sesiapa di antaraorang kafir itu tercium bau nafasnya akan
mati. Bau nafasnya tercium sejauh mata memandang. Maka dicarinya Dajjal dan
bertemu olehnya di pintu gerbang kota Lud (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu
dia membunuh Dajjal. Kemudian Isa bin Maryam mendatangi kaum yang dipelihara
Allah dari kejahatan Dajjal. Maka dia mengusap wajah mereka dan mengabarkan
kepada mereka tentang kedudukannya di syurga.
Pada saat seperti itu, Allah mewahyukan kepada Isa, ‘Sungguh, Aku
mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak terkalahkan oleh siapa pun. Karena itu,
selamatkanlah hamba-hamba-Ku (yang salih) ke bukit Thur.’ Lalu, Allah Subhanahu
wa Ta’ala membangkitkan Ya’juj dan Ma’juj. Mereka turun melandai dari tampat
yang tinggi. Gelombang pertama melewati Danau Thabariyah, lalu mereka meminum
habis air telaga tersebut. Kemudian, melawat pula rombongan yang lain. Mereka
berkata, ‘Sesungguhnya dahulu di sini ada air.’ Kemudian Nabi Isa dan para
sahabat beliau terkepung sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka
daripada seratus dinar bagi seseorang pada hari itu (karena kekurangan
makanan).
Nabi Isa bin Maryam dan para sahabatnya berdoa kepada Allah agar
dihancurkan Ya’juj dan Ma’juj, kemudian Allah mengirim kepada mereka penyakit
hidung seperti yang menimpa haiwan-haiwan, sehingga pagi harinya mereka semua
mati. Kemudian, Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak
sejengkal tanah pun didapatinya melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk.
Kemudian, Nabiyullah Isa dan para sahabatnya berdoa, semoga Allah berkenan
menyingkirkan bangkai-bangkai busuk itu. Maka, Allah mengutus burung-burung
sebesar unta yang mengangkat bangkai-bangkai tersebut dan melemparkannya ke
tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga
bersihlah bumi dari rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu. Sehingga, bumi
kelihatan bersih seperti kaca.
Kemudian Allah memerintahkan kepada bumi, ‘Tumbuhkanlah
tumbuh-tumbuhanmu dan kembalikan keberkatanmu!’ Seketika itu, sekelompok
keluarga kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah
kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu seekor unta cukup untuk
orang sekampung, susu seekor sapi cukup untuk orang sekabilah, susu seekor
biri-biri cukup untuk sekelompok keluarga dekat. Ketika mereka sedang berada
dalam keredhaan Allah yang demikian, tiba-tiba Allah mengirim angin sejuk lewat
ketiak mereka, maka tercabutlah ruh setiap orang mukmin dan orang muslim. Maka,
tinggallah orang-orang jahat belaka, mereka bercampur-baur seperti keledai.
Maka, ketika itu terjadilah kiamat.”
http://bahterawawasan.blogspot.co.id/2012/09/rasulullah-saw-berbicara-tentang-dajjal.html
http://bahterawawasan.blogspot.co.id/2012/09/rasulullah-saw-berbicara-tentang-dajjal.html