NAKIR
|
xxxxxx
|
Malaikat
Mikail adalah salah satu di antara pembesar malaikat yang empat. Ia dicipta
oleh Allah SWT selepas malaikat Israfil dengan selisih kira-kira lima ratus
tahun. Dari kepala malaikat Mikail hingga kedua telapak kakinya berbulu
Za'faron. Jika seluruh air di lautan dan sungai di muka bumi ini disiramkan di
atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.
Di atas setiap
bulu-bulunya, terdapat sebanyak satu juta muka. Setiap muka malaikat Mikail ini
pula mempunyai satu juta mulut dan setiap mulut mempunyai satu juta lidah
manakala setiap lidah-lidahnya boleh berbicara satu juta bahasa atau lisan.
Setiap satu juta lisan tersebut adalah membaca istighfar pada Allah SWT bagi
orang-orang mukmin yang berdosa. Setiap satu juta muka atau wajahnya mempunyai
satu juta mata. Tiap-tiap matanya sentiasa menangis kerana memohon rahmat bagi
orang-orang mukmin yang berdosa. Tiap-tiap matanya yang menangis itu
mengeluarkan tujuh ribu titisan air mata dan setiap titisan air mata itu Allah
SWT ciptakan satu malaikat Karubiyyuun yang serupa dengan kejadian malaikat
Mikail.
Setiap
malaikat-malaikat ini ditugaskan untuk bertasbih pada Allah SWT sehingga hari
kiamat. Di samping bertasbih, para-malaikat Karubiyyuun ini juga berperanan
sebagai pembantu bagi malaikat Mikail dalam menjalankan tugas menyelia angin,
membahagikan rezeki pada manusia, tumbuh-tumbuhan juga haiwan-haiwan dan
lain-lain di muka bumi ini. Dikatakan setiap satu makhluk yang memerlukan
rezeki untuk hidup di dunia ini akan diselia rezekinya oleh satu malaikat
Karubiyyuun. Imam Ahmad rah. dengan sanadnya, dari Anas bin Malik RA, ketika
Rasulullah SAW Mikraj ke langit baginda ada bertanya pada malaikat Jibrail:
"Mengapa aku tidak pernah nampak malaikat Mikail tertawa?" Malaikat
Jibrail menjawab: "Malaikat Mikail tidak pernah tertawa semenjak neraka
diciptakan"
Copy the BEST
Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu